Nampak ‘baby bump’, Neelofa hamil anak kedua?
SELEBRITI dan ahli perniagaan, Neelofa dilaporkan sedang hamil anak kedua susulan perubahan pada tubuhnya terutama di bahagian perut ketika hadir dalam satu acara, baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna akaun TikTok, Neelofa dilihat memegang perutnya yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran pertama anak sulungnya, Muhammad Bilal.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai apabila mendakwa bekas pengacara itu sedang hamil walaupun dikatakan cuba menyembunyikan berita itu.
Malah, netizen turut berkongsi kebahagiaan sekiranya berita berkenaan sahih, selain mendoakan rumahtangga bekas pengacara Nona itu bersama suaminya PU Riz kekal bahagia.
“Memang dia mengandung sebab wanita hamil akan automatik selalu pegang perut.
“Alhamdulillah kalau hamil. Tahniah Neelofa, Haris Ismail dan Bilal kerana bakal dapat ahli keluarga baharu.
“Dia sorok tapi asyik pegang perut je. Sorok dalam nyata,” antara komen netizen.
Sebelum ini, Neelofa turut menyembunyikan berita kehamilan anak pertamanya, dengan hanya mengesahkan perkara itu ketika usia kandungan berusia sembilan bulan.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Pu Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – Malaysiapost