3 lantikan baharu Ahli Lembaga Pengurusan MSN
MESYUARAT Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi penggal ke-23 yang diadakan semalam, telah membuat tiga lantikan baharu yang diharapkan dapat membantu pengurusan MSN.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan MSN, berkata ahli baharu yang dilantik itu adalah Datuk Subramaniam Raman Nair mewakili Majlis Paralimpik Malaysia.
“Stuart Ramalingam yang mempunyai pengalaman luas dalam sektor industri sukan; dan Alan Ling Sie Kiong yang mempunyai pengalaman dalam sektor perundangan dan pengurusan badan sukan.
“Mesyuarat kali ini telah membincangkan cadangan penambahbaikan program dan tadbir urus pengurusan Majlis termasuk dalam aspek keberkesanan pengurusan kewangannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau berkata, turut dibincangkan adalah inisiatif penjanaan pendapatan menerusi penajaan turut dibincangkan bagi program-program yang dikenalpasti khususnya bagi memastikan “talent pipeline” yang lebih berkesan di peringkat pembangunan.
“Mesyuarat turut diberikan laporan perkembangan beberapa program utama Majlis seperti Program Gold Paris 2024 dan program-program lain yang dikendalikan oleh Pengurusan Majlis,” katanya. – Malaysiapost
Lembaga Pengurusan MSN
Pengerusi:
Hannah Yeoh
Ahli:
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria
Datuk Lee Chong Wei
Datuk Hamidah Naziadin
Idwan Ariff Abdul Rahman
Nurul Huda Abdullah
Datuk Subramaniam Raman Nair
Stuart Michael Ramalingam
Alan Ling Sie Kiong