DBKL tutup tapak binaan biak jentik-jentik

DBKL tutup tapak binaan biak jentik-jentik

SEBUAH tapak binaan di ibu negara diarah tutup hari ini, selepas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati ia menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

DBKL dalam satu kenyataan, memaklumkan selain tindakan penutupan itu, operasi bersepadu yang dijalankan pada jam 10.30 pagi tadi, turut mengenakan kompaun terhadap pemaju tapak binaan berkenaan.

“DBKL telah menutup (seal) sebuah tapak binaan kerana didapati menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

“Operasi disertai bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan jabatan-jabatan dalaman DBKL dengan kekuatan seramai 90 orang anggota,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

DBKL telah menutup (seal) sebuah tapak binaan kerana didapati menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

Menurut DBKL, pemaju tapak binaan yang terletak di Jalan Sentul Raya, Sentul itu dikenakan kompaun mengikut Seksyen 80 Akta Jalan Parit & Bangunan (AJPB) 1974, kerana kesalahan mendirikan struktur tapak lori pembancuh sementara tanpa kelulusan DBKL.

“Manakala pihak Bomba dan SWCorp mengeluarkan amaran lisan terhadap pematuhan sistem kebakaran yang lebih sempurna dan pematuhan pelupusan sisa pepejal mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Operasi bersepadu yang dijalankan pada jam 10.30 pagi tadi, turut mengenakan kompaun terhadap pemaju tapak binaan berkenaan.

“Perintah penutupan tapak binaan dilaksanakan mengikut Seksyen 8(3)(aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 pindaan 2000 mulai hari ini,” katanya.

Menurut DBKL lagi, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa terhadap semua tapak binaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Malaysiapost

Komen