Punca kematian pemuda kurang siuman akibat pendarahan paru-paru

Punca kematian pemuda kurang siuman akibat pendarahan paru-paru

KEMATIAN pemuda yang mengalami masalah mental di Masjid Tok Guru, Palau Melaka, di Kota Bharu malam kelmarin, disahkan berpunca daripada pendarahan pada paru paru akibat tekanan di bahagian dada.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata selain itu terdapat juga kesan calar, lebam serta luka di beberapa bahagian tubuh mangsa.

Katanya, proses bedah siasat mangsa dijalankan di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang mempunyai masalah mental maut dipercayai dipukul sekumpulan pelajar tahfiz di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di Kota Bharu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, lelaki berusia 20-an itu dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang wanita berusia 50-an yang melalui perkarangan masjid itu.

Mangsa awalnya melihat mangsa mengamuk di sekitar surau ketika waktu Zuhur sebelum datang ke masjid berkenaan.

Katanya, mangsa sempat menunaikan solat Asar bersendirian sebelum keluar dan secara tiba-tiba menendang serta menyepak wanita yang juga tukang masak sebuah sekolah tahfiz berdekatan ketika melalui perkarangan masjid terbabit. – Malaysiapost

Komen