Keadaan banjir semakin baik

Keadaan banjir semakin baik

JUMLAH keseluruhan mangsa banjir kini adalah seramai 2,000 orang daripada 566 keluarga di dua negeri yang masih terjejas setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), banjir masih dilaporkan berlaku di Johor dan Sabah, membabitkan tujuh daerah dengan 30 Pusat Pemindahan Sementara masih dibuka.

Menurut laporan itu, Johor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,373 orang daripada 378 keluarga membabitkan daerah Batu Pahat (919 mangsa), Kota Tinggi (217 mangsa), Mersing (147 mangsa) dan Segamat (90 mangsa).

Sabah pula merekodkan seramai 627 mangsa daripada 188 keluarga membabitkan daerah Lahad Datu (45 mangsa), Pitas (128 mangsa) dan Telupid (454 mangsa).

Keadaan banjir di kedua-dua negeri berkenaan secara keseluruhan menunjukkan penurunan dan tidak berubah, namun berlaku sedikit peningkatan mangsa di Sabah membabitkan daerah Pitas dan Telupid. – Malaysiapost

Komen