PRN: Azmin kembali jadi MB jika PN tawan Selangor?

PRN: Azmin kembali jadi MB jika PN tawan Selangor?

PERIKATAN Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu dinyatakan, Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi namun menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan PN dalam menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting tersebut.

Katanya, peluang sentiasa terbuka kepada bekas Mohamed Azmin untuk kembali menerajui pentadbiran negeri berkenaan, lapor Kosmo Online.

“InsyaAllah, pengalaman beliau mampu ke arah itu dan membantu kemenangan kita di Selangor nanti,” katanya.

Zulkafperi berkata, Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN bagaimanapun berdepan tugas berat mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kerusi DUN itu dijangka sengit kerana pengundi Melayu tidak sampai 50 peratus dan ia semestinya sukar.

“Kita tidak menolak kemungkinan sama ada beliau kekal di kerusi Bukit Antarabangsa atau memilih DUN lain yang mungkin berpihak kepada PN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesiapsiagaan jentera PN ketika ini pada tahap terbaik dan yakin mampu memenangi sebanyak 33 kerusi DUN Selangor nanti.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin yakin gelombang PN dijangka berteru­san dalam PRN akan datang dan mam­pu menawan Selangor dan Ne­geri Sembilan termasuk mengekal­kan Kedah, Kelantan dan Te­reng­ganu.

Katanya, so­kongan terhadap PN semakin meningkat termasuk dalam kalangan masyarakat Cina selain orang Melayu dan pengun­di muda dijangka kekal bersama gabungan itu. – Malaysiapost

Komen