Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di Iran

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di Iran

KEMENTERIAN Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Mesir sedang memantau dengan teliti perkembangan semasa susulan gempa bumi di negara berkenaan pada Sabtu lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang manakala lebih 800 lagi cedera.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda barat laut Iran berhampiran bandar Khoy (780 kilometer dari utara Tehran).

“Malaysia merakamkan simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat gempa bumi, serta kepada kerajaan dan rakyat Iran,” menurut kenyataan itu.

Gempa susulan dijangka berlaku dan rakyat Malaysia di Iran dinasihatkan untuk terus berwaspada serta mengikuti perkembangan terkini dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia di Iran juga digesa untuk mendaftar dengan Kedutaan Malaysia menerusi talian telefon (+9821) 8807 2444 atau (+9821) 8807 8606 atau e-mel mwtehran@kln.gov.my,” katanya. – Malaysiapost

Komen