KKM nafi vaksin Covid-19 ada cip pengenalan diri

KKM nafi vaksin Covid-19 ada cip pengenalan diri

VAKSIN Covid-19 tidak mengandungi cip data pengenalan diri seperti berita tular di media sosial baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Pasukan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Digital yang berkata, produk vaksin yang berdaftar Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) adalah selamat untuk digunakan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan vaksin Covid-19 mengandungi cip ID seperti dakwaan pemilik akaun Facebook ‘Cik Notes’ yang tular di media sosial.

“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM menjelaskan bahawa berdasarkan penilaian NPRA, produk vaksin Covid-19 yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM adalah selamat, berkualiti dan berkesan serta tidak mengandungi mikrocip,” kata kenyataan itu, hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu status maklunat barang di laman web NPRA

“Senarai kandungan bahan dalam produk vaksin boleh dirujuk pada sisi pembungkusan produk melalui laman sesawang NPRA di pautan www.npra.gov.my merujuk main page > consumer > product search > product name.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak benar dengan tujuan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya. – Malaysiapost

Komen