Pak Lah jalani ibadat umrah
BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selesai menjalani ibadat umrah baru-baru ini.
Perkara itu dikongsi Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi beberapa gambar bekas Presiden Umno itu di Tanah Suci.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, Abdullah atau mesra dipanggil Pak Lah, turut disertai isteri, Tun Jeane Abdullah.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan Abdullah kelihatan ceria menunaikan ibadat umrah.

September tahun lalu, menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin mengesahkan Perdana Menteri kelima itu menghidap penyakit demensia yang menyebabkan kesihatannya semakin merosot dan sukar untuk mengingati sesiapa, termasuk ahli keluarga terdekat. – Malaysiapost