Covid-19: 399 kes baharu semalam, tiada kematian 

Covid-19: 399 kes baharu semalam, tiada kematian 

SEBANYAK 399 kes baharu Covid-19 dilapor semalam dengan satu daripadanya kes import, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kini 5,037,582. 

Berdasarkan data di portal KKMNow, tiada kematian dilaporkan akibat wabak itu semalam. 

Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,942. 

Kes sembuh dicatatkan pula adalah 203 kes, menjadikan keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kini 4,990,430  kes. 

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini sebanyak 10,210 dengan 9,823 atau 96.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah. 

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 379 pesakit dirawat di hospital dengan 8 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost

Komen