‘Penggangu’ rumah tangga patut diboikot dari berlakon – Sharnaaz

‘Penggangu’ rumah tangga patut diboikot dari berlakon – Sharnaaz

PELAKON Sharnaaz Ahmad tampil memberi reaksi terhadap isu pelakon wanita didakwa mengganggu rumah tangga pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di media sosial, pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir, 37, berkata pelakon yang mempunyai sikap suka mengganggu rumah tangga orang sepatutnya tidak boleh terlibat dalam penggambaran produksi.

“Setiap drama dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamposlah. Orang macam ni (lelaki dan wanita) patut diboikot dari berlakon atau keluar TV (televisyen),” tulisnya.

Pelakon Suamiku Encik Sotong itu meluah rasa tidak puas hati berhubung isu tersebut menerusi hantaran di Insta Story, semalam.

Minggu lalu, Bella mendakwa ada pelakon wanita mengakui cuba mendekati dan ‘tersuka’ dengan suaminya.

Menurut Bella, pelakon terbabit sudah berkali-berkali membuat panggilan telefon kepada Aliff, hingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

Bella juga berkongsi tangkap layar dipercayai perbualan Whatsapp bersama seorang pelakon wanita, Sophia AlBarakbah yang dikatakan mengganggu suaminya.

Antara perbualan mereka yang dikongsi Bella ialah Sophia memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan dia mengganggu Aliff.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan isu curang bersama beberapa aktres wanita. – Malaysiapost

Komen