Rancang perjalanan ketika perarakan pedati Thaipusam – Polis

Rancang perjalanan ketika perarakan pedati Thaipusam – Polis

ORANG ramai diminta merancang perjalanan atau laluan alternatif ketika perarakan pedati (Chariot) sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves, Isnin ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, beberapa laluan akan ditutup dan dilencongkan sempena perarakan pedati terbabit bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam pada hari itu.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan tidak mengganggu semasa perarakan itu berlangsung.

“Antara laluan ditutup atau dilencongkan iaitu Jalan Tun H S Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Perak/Pudu, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Munshi Abdullah.

“Turut terlibat Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jqlan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak dan Jalan Tun Razak di kedua-dua arah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azmi berkata, seramai 682 anggota polis Kuala Lumpur ditugaskan mengawal lalu lintas dan kelancaran pedati berkenaan.

Semalam, perarakan pedati (Chariot) telah berlangsung bermula di Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H S Lee ke Kuil Subremaniam, Batu Caves pada jam 10 Malam (Jumaat) hingga 4 pagi (Sabtu). -Malaysiapost

Komen