16 cawangan Restoran Ali Maju tawar menu Rahmah
SEBANYAK 16 cawangan Restoran Ali Maju di Lembah Klang kini menawarkan menu Rahmah untuk mengurangkan beban rakyat.
Perkara tersebut dikongsi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub menerusi poster dimuatnaik di Facebooknya.
“Antara kedai mamak yang turut meraikan inisiatif Menu RAHMAH.
“Terima kasih daun keladi, Kalau ada Menu RAHMAH lagi, silalah kongsi,” tulisnya.
Berdasarkan poster tersebut, menu Rahmah yang ditawarkan melibatkan 16 cawangan rangkaian restoran mamak Ali Maju di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Awal minggu ini, kerajaan menerusi KPDN melancarkan Menu Rahmah membabitkan 15,000 premis menjual makanan.
Menu Rahmah yang ditawarkan pada harga maksimum RM5, khususnya buat golongan B40. – Malaysiapost