Anwar tak sihat, tak dapat hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves

Anwar tak sihat, tak dapat hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves

DATUK Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, Perdana Menteri terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini.

“Namun beliau hubungi saya pagi tadi memaklumkan tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui media pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves hari ini, lapor Astro Awani.

Sivakumar berkata, Anwar turut memaklumkan satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil-kuil di Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat.

Perjumpaan itu katanya, bagi membolehkan Anwar menyampaikan amanat kepada mereka. – Malaysiapost

Komen