Covid-19: 196 kes baharu semalam, satu kematian 

Covid-19: 196 kes baharu semalam, satu kematian 

SEBANYAK 196 kes baharu Covid-19 dilapor semalam dengan enam daripadanya kes import, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kini 5,037,784. 

Berdasarkan data di portal KKMNow, satu kematian dilaporkan akibat wabak itu semalam. 

Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,943. 

Kes sembuh dicatatkan pula adalah 275 kes, menjadikan keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kini 4,990,705 kes. 

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini sebanyak 10,136 dengan 9,758 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah. 

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 372 pesakit dirawat di hospital dengan enam daripadanya di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost

Komen