Siasat segera Facebook fitnah PM – Fahmi
MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dakwaan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Fahmi berkata, hantaran Facebook milik Sam MY berkenaan adalah satu fitnah jahat dan sangkaan buruk oleh individu tersebut.
“Pemfitnah ini telah menggunakan gambar lama yang mana kenalan saya iaitu Abd Rahman Yusof ( individu di kanan gambar) telah meninggal dunia pada 8 Jun 2021.
“Gambar itu adalah fitnah. Oleh itu, saya telah mohon SKMM, PDRM siasat segera,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Semalam, Sam MY memuat naik gambar Anwar dan beberapa individu lain sedang menikmati hidangan makanan di laman Facebooknya.
Menerusi hantaran tersebut, Sam MY mempertikaikan cara pemimpin Kerajaan Madani berbelanja.
Katanya, rakyat Marhaen diseru untuk memilih menu Rahmah sebagai langkah berjimat cermat, sedangkan pemimpin makan nasi daging unta. – Malaysiapost