Banjir: 6 PPS dibuka di Kuantan
Ben Ibrahim
SERAMAI 1,310 mangsa banjir membabitkan 342 keluarga dipindahkan ke enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Kuantan setakat jam 2 petang, hari ini.
Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, berkata enam PPS dibuka bermula jam 9 pagi tadi.
Katanya, PPS Dewan Dato Manan dekat Pandan menempatkan paling ramai mangsa banjir iaitu seramai 560 orang daripada 140 mangsa, diikuti PPS Wisma Belia dengan 300 mangsa daripada 92 keluarga.
Sementara, PPS Dewan Orang Ramai Taman Tas dengan 220 mangsa daripada 55 keluarga), PPS Dewan Orang Ramai Sri Mahkota (143 mangsa/32 keluarga), PPS Dewan Orang Ramai Sri Damai (57 mangsa/12 keluarga) dan PPS Dewan Orang Ramai Jaya Gading (30 mangsa/11 keluarga).
Manakala, tiga sungai di daerah ini masih mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Lembing dengan ketinggian sehinga 37.20 meter, Sungai Kuantan di Bukit Kenau (22.14 meter) serta Sungai Belat di Seri Damai (5.77 meter).
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat dan gambar lama berkaitan banjir di daerah itu di media sosial.
“Nasihat itu dikeluarkan berikutan tersebarnya gambar kejadian banjir tahun lalu di media sosial WhatsApp,” katanya. – Malaysiapost