Hujan lebat berterusan di beberapa negeri hingga esok

Hujan lebat berterusan di beberapa negeri hingga esok

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap enam negeri pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di media sosial, ribut petir dijangka di Perak, sekitar daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Bagi Kelantan ribut petir dijangka berlaku di Kuala Krai dan Gua Musang manakala bagi negeri Selangor adalah sekitar kawasan Sabak Bernam, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, hujan lebat diramal bagi seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi ini.

Bagi Negeri Sembilan, di daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Katanya lagi, cuaca tidak menentu turut melanda Sarawak, sekitar Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). 

Dalam perkembangan sama, amaran hujan berterusan dijangka berlaku beberapa kawasan di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor sehingga esok.

Hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kuantan, Pahang manakala hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Terengganu membabitkan daerah Kemaman dan Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong), Negeri Sembilan ( Jempol) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi). – Malaysiapost

Komen