Kenapa Zarina Anjoulie padam gambar tunang?
BAHARU sahaja berkongsi momen kini dalam ‘mood’ bahagia, pelakon Zarina Anjoulie tiba-tiba menimbulkan persoalan ramai apabila dilihat memadam gambar bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey dalam Instagram dan TikTok.
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul itu memuat naik video bersama kapsyen membayangkan dia sedang patah hati.
“Broken (hancur) tapi masih bertahan,” tulisnya ringkas.
Lebih membuat pengikut di media sosialnya tertanya-tanya apabila aktres itu menutup ruangan komen.
Sebelum ini, Zarina secara berseloroh mengatakan lelaki berkenaan tidak akan mengahwininya selagi berat badannya tidak turun.
Begitupun, kemudian kapsyen baharu ‘dinaikkan’ yang mengatakan kenyataan sebelum ini telah dijadikan isu sedangkan itu hanya gurauan.
Pada 26 Januari lalu Zarina mendedahkan mereka sudah bertunang, namun tidak berkongsi tarikh disatukan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin.
Difahamkan majlis pernikahan pasangan tersebut akan berlangsung pada Mac ini, malah bakal suaminya juga telah membeli rumah baharu di sebuah kawasan elit.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki. – Malaysiapost