PRN: ‘Peluang Umno menang lebih cerah kerana KJ, Noh sudah tiada’ – Fahmi

PRN: ‘Peluang Umno menang lebih cerah kerana KJ, Noh sudah tiada’ – Fahmi

UMNO berkemungkinan mempunyai peluang  lebih cerah menang pada  Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor meskipun mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, beliau berpandangan demikian kerana Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin sudah tiada dalam Umno.

“Apabila mereka tiada dalam parti itu (Umno), mungkin peluang bagi parti itu lebih cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Noh dan Khairy iaitu peluang Umno memenangi kerusi pada PRN Selangor adalah tipis berikutan ‘gelombang hijau’ Perikatan Nasional (PN). 

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata PH masih belum memutuskan secara rasmi berkaitan pengagihan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN akan datang .

Beliau berkata, pihaknya yakin proses kerjasama melibatkan BN akan berjalan lancar menjelang PRN nanti.

“Setakat ini belum lagi perbincangan itu dibuat (agihan kerusi), tetapi saya percaya kompenan parti dalam Kerajaan Perpaduan akan memutuskannya.

“Saya yakin prosesnya rundingan akan berjalan dengan baik. Bila tiba masanya nanti kita akan umum,” katanya. – Malaysiapost

Komen