PRN: PH, BN runding kerusi di Terengganu dalam masa terdekat
KERJASAMA antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu adalah penting bagi memungkinkan berlakunya peralihan kuasa daripada PAS kepada Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi PH Terengganu, Raja Bahrin Shah, berkata secara dasarnya telah wujud persefahaman antara PH-BN namun rundingan kerusi secara rasmi masih belum berlaku, dan dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.
“Semalam ada disiarkan kenyataan saya berhubung rundingan diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Negeri Terengganu.
“Pakatan Harapan sedar dan maklum bahawa Barisan Nasional memiliki kelebihan memandangkan mereka mempunyai pengalaman lama dan pengaruh yang luas di Negeri Terengganu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Raja Bahrin berkata, namun segala keputusan berkaitan agihan hanya akan diumumkan setelah keputusan akhir dicapai antara kedua belah parti.
Katanya, PH Terengganu bersedia dan terbuka kepada perbincangan bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk di peringkat negeri itu. – Malaysiapost