Zaki, Yamani Abdillah dinobat juara Famili Duo

Zaki, Yamani Abdillah dinobat juara Famili Duo

GANDINGAN adik-beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah mencipta kejutan muncul sebagai juara Famili Duo pada pertandingan akhir yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan anak-anak legenda pop terkenal, Datuk Jamal Abdillah tersebut membawa hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,00.

Pada persembahan akhir malam tadi, Zaki dan abangnya menyampaikan medley Potret dan Pelukan Angkasa untuk set pertama, disusuli medley lagu Hutang, Bunga dan Kau Pun Sama bagi segmen kedua.

Pasangan The Jebats iaitu Ayda dan Fyna Jebat hanya akur di tempat kedua dan pulang membawa hadiah RM25,000, manakala pasangan sepupu Wani Kayrie dan Bella Astillah berada di tangga ketiga dengan hadiah bernilai RM15,000.

Sissy Imann dan Naib Daniel yang juga duo sepupu mendapat tempat ke empat dengan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Sebelum ini, tujuh pasangan dipilih untuk bertanding dalam program realiti kekeluargaan selama lapan minggu tersebut, namun tiga daripada duo terbabit tersingkir pada peringkat separuh akhir.

Pertandingan kali ini yang membawa konsep kalah mati bersaing hingga minggu ketujuh, peserta yang terpaksa akur meninggalkan pentas ialah Ara Johari dan sepupunya, Shaffiq Erwin, Sabhi Saddi dan Fareed PF K-Clique (adik-beradik) serta Siti Sairah dan Siti Saida (adik-beradik).

Persaingan Famili Duo musim yang bermula pada 18 Disember tahun lalu menyaksikan Janna Nick bersama Sean Lee selalu pengacara, manakala Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap. – Malaysiapost

Komen