Badan penasihat khas bantu nasihat Menteri Kewangan

Badan penasihat khas bantu nasihat Menteri Kewangan

LIMA individu dilantik menganggotai badan penasihat khas yang akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

Perdana Menteri berkata, badan penasihat khas itu adalah golongan profesional dan pakar ekonomi yang diketuai Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

“Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai oleh Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Anwar yang juga Presiden PKR dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, semalam, beliau telah melantik beberapa individu sebagai penasihat.

Antaranya Tan Sri Mohd Hassan Marican yang dimumkannya sebagai Ketua Penasihat Ekonomi di Kementerian Kewangan sebelum ini dan akan mengumumkan nama beberapa individu lain hari ini. – Malaysiapost

Komen