Jemaah Menteri, penjawat awam perlu kerja sebagai satu pasukan – PM

Jemaah Menteri, penjawat awam perlu kerja sebagai satu pasukan – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Jemaah Menteri dan penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan yang mantap.

Perdana Menteri berkata kerjasama tersebut antara lain dengan menerapkan elemen amanah dan keyakinan.

“Elemen ini perlu diterapkan dalam usaha membebaskan segala ketelanjuran yang pernah dan mungkin berlaku.

“Alhamdulillah, setakat ini ada keinginan baik daripada pimpinan atau penjawat awam untuk mengorak langkah dengan lebih pantas dan bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri dalam sesi Perhimpunan Bulanan di Putrajaya.

Dalam ucapannya, Anwar turut menggesa penjawat awam melaksanakan perubahan bagi mengangkat negara ke arah lebih baik. – Malaysiapost

Komen