Malaysia perlukan lebih ramai pemimpin muda seperti Shahril – Syed Saddiq

Malaysia perlukan lebih ramai pemimpin muda seperti Shahril – Syed Saddiq

MALAYSIA memerlukan lebih ramai pemimpin muda seperti bekas Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman yang menurutnya pemimpin muda seperti Shahril diperlukan untuk membina Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.

Untuk rekod, baru-baru ini Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan Umno antara beberapa pemimpin parti itu yang digantung keahlian selama enam tahun.

“Saya pertama kali bertemu dengan Shahril Hamdan pada 2014/2015 ketika saya bercadang untuk menubuhkan Debat Awam Oxford Union versi Malaysia.

“Beliau sangat menyokong dan bersama-sama kami lontarkan idea kepada Tan Sri Nazir Razak serta Khairy Jamaluddin.

“Beberapa bulan kemudian, kami akhirnya berada dalam parti yang berbeza tetapi rasa hormat saya terhadapnya tidak pernah pudar,” kata Syed Saddiq menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Syed Saddiq mengadakan pertemuan dengan Shahril di ibu negara.

Presiden Muda itu berkata, daripada menubuhkan institusi debat bersama, beliau dan Shahril akhirnya berdebat antara satu sama lain dalam banyak forum awam.

“Saya tidak suka mengakuinya, tetapi dia jelas merupakan pendebat yang lebih baik dalam salah satu perdebatan politik pertama kami pada 2017.

Kami mengambil jalan yang berbeza sebelum ini. Siapa tahu ke mana masa depan boleh membawa kita,” katanya. – Malaysiapost

Komen