Turkiye berkabung 7 hari, kibar bendera separuh tiang
PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan gempa bumi dahsyat yang mencatat kemusnahan besar di negara itu.
Malah, dalam tempoh tersebut bendera negara itu juga akan dikibarkan separuh tiang termasuk di perwakilan negara asing.
“Bendera kami akan dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari 2023, di semua perwakilan negara kami dan negara asing,” kata Erdogan.
Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 setakat ini dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.
Itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823.
Gempa bumi 7.8 awal pagi semalam menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis. – Malaysiapost