Waspada guna internet bagi mewujudkan komuniti siber Malaysia Madani – Fahmi
ISU keselamatan siber perlu diberi perhatian oleh semua pihak termasuk pengguna internet, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Menurutnya, ancaman dan serangan siber berupaya menyebabkan berlakunya ketirisan data kecurian maklumat peribadi, pencerobohan, penggodaman, penipuan dalam talian serta scam buli siber dan sebagainya.
“Insiden sebegini berlaku disebabkan penggunaan seumpama itu berlaku disebabkan penggunaan teknologi dan internet tidak selamat, tanpa amalan baik yang sewajarnya.
“Justeru, isu keselamatan siber perlu diberi perhatian oleh semua pihak termasuk pengguna internet,” katanya menerusi video sempena sambutan Hasi Keselamatan Internet 2023 yang dimuat naik di Facebook Kementerian Komunikasi dan Digital.
Beliau berkata, sempena sambutan berkenaan semua pengguna internet digesa untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di alam siber sewaktu menggunakan internet, media sosial dan lain-lain aplikasi.
“Gunalah kemudahan teknologi ini dengan positif, berhemah dan penuh tanggungjawab bagi mewujudkan komuniti siber madani.
“Selamat Hari Keselamatan Internet 2023 , sentiasa bijak, sentiasa selamat dan bersama-sama ke arah kesejahteraan siber”, katanya.
“Ancaman dan serangan siber berupaya menyebabkan berlaku pelbagai insiden antaranya ketirisan data, kecurian maklumat peribadi, pencerobohan, penggodaman, penipuan dalam talian, scam dan buli siber”, katanya. – Malaysiapost