‘Anak muda perlu berani tolak fahaman kolot’ – Anwar

‘Anak muda perlu berani tolak fahaman kolot’ – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anak muda supaya berani menolak fahaman kolot yang merugikan diri dan negara.

Perdana Menteri berkata, pendekatan itu penting untuk membolehkan negara bangkit sebagai kekuatan baharu menjayakan masyarakat madani.

“Anak-anak muda hari ini terutamanya mesti berani menolak fahaman kolot yang merugikan diri dan negara agar kita dapat bangkit sebagai kekuatan baharu masyarakat Madani,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan syarahan ulung Kursi Siddiq Fadzil berjudul ‘Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia’ di Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya, pagi tadi.

Dalam ucapannya, beliau juga mengingatkan anak muda bahawa pendidikan adalah aspek penting dalam kehidupan yang perlu diberi penekanan.

“Pendidikan perlu diberi penekanan terutamanya dalam usaha dan upaya kita membangun masyarakat serta tamadun yang gemilang dan bersatu padu.

“Kita mahukan pendidikan yang membawa kepada semangat perpaduan berteraskan keyakinan bangsa, agama selain mesti membawa kekuatan yang segar,” katanya. – Malaysiapost

Komen