Kedai tomyam turut tawar menu Rahmah RM5
SEBAGAI menyahut seruan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, Persatuan Tomyam Prihatian Semalaysia melancarkan Menu Rahmah di restoran terpilih sekitar Lembah Klang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata menu yang ditawarkan adalah nasi paprik yang berharga hanya RM5.
Beliau turut berterrima kasih kepada persatuan itu yang menyokong usaha kerajaan bagi mengurangkan bebanan rakyat.
“Terima kasih kepada rakan strategik KPDN, Sahabat Tomyam Perihatin SeMalaysia yang menjayakan pelancaran Menu Rahmah berupa nasi padprik di sekitar Lembah Klang.
“Dengan hanya RM5, jika ada yang sangat perlu untuk mengisi perut yang lapar, anda boleh nikmati Nasi Paprik di kedai-kedai tomyam yang mengambil bahagian dalam program Menu Rahmah ini.
“Terima kasih tak terhingga saya ucapkan atas sokongan dan semangat semua,” katanya dalam hantaran Facebook.
Sebelum ini, kerajaan menerusi KPDN melancarkan Menu Rahmah membabitkan 15,000 premis menjual makanan.
Menu Rahmah yang ditawarkan pada harga maksimum RM5, khususnya buat golongan B40. – Malaysiapost