Menu Rahmah durian RM4.99 ‘laku keras’

Menu Rahmah durian RM4.99 ‘laku keras’

Mohd Zainal

MENU Rahmah yang diperkenalkan kerajaan biasanya dikaitkan dengan hidangan berat seperti nasi bersama lauk untuk meringankan beban rakyat

Namun bagi peniaga Durian Atok di Jalan Kebun, Klang, menu Rahmah ditawarkan kepada penggemar Raja Buah khususnya golongan kurang berkemampuan.

Di gerai durian miliknya, beliau menjual buah tersebut pada harga RM4.99 sebekas dengan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua bekas bagi memberi lebih ramai menikmatinya. – Malaysiapost

Komen