Syed Saddiq harap pemotongan peruntukan kepada MP dipertimbang semula
SYED Saddiq Abdul Rahman berharap pemotongan peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dipertimbangkan semula.
Ini kerana kata Ahli Parlimen Muar itu, peruntukan sebanyak RM2 juta tersebut digunakan kebajikan rakyat.
“Duit tersebut bukan gaji atau elaun Ahli Parlimen tetapi itulah yang akan digunakan untuk perbaiki tandas sekolah yang rosak, atap-atap masjid yang usang, dan bantuan kepada rakyat susah seperti bakul makanan.
“Kalau nak mantapkan integriti, boleh audit semua perbelanjaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Jumaat lalu, Anwar mengesahkan peruntukan pembangunan tahunan kepada Ahli Parlimen dikurangkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat sebagai langkah mengawal aliran kewangan negara.