Balai Polis Batu Caves ditutup secara rasmi
BALAI Polis Batu Cave, Gombak ditutup secara rasmi dan tidak lagi beroperasi berkuatkuasa hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohomed berkata, penutupan balai berkenaan kerana lokasinya terletak berhampiran Balai Polis Prima Seri Gombak.
“Jaraknya lebih kurang dua kilometer antara kedu-dua dua balai itu.
“Orang awam yang ingin berurusan dinasihatkan pergi ke Balai Polis Prima Sri Gombak atau mana-mana balai polis berhampira,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -Malaysiapost