Hanis sebenarnya mangsa perkauman – Fadhli

Hanis sebenarnya mangsa perkauman – Fadhli

AHLI Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari terus mempertahankan Hanis Nadiah Onn yang digantung dari mewakili skuad hoki negara ke tugasan antarabangsa termasuk Sukan SEA Cambodia 2023.

Ia selepas Hanis Nadiah dikatakan membuat hantaran berbaur perkauman di media sosial.

“Jujur saya ingin bertanya, kenapa ungkapan “.. mesti bau dalam tu..” boleh difahami sebagai menghina kaum atau bangsa tertentu?

“Jelas sekali, keputusan menggantung atlet ini sangat keterlaluan! Beliaulah yang sedang menjadi mangsa perkauman,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Ahmad Fadhli mengecam sekeras-kerasnya penggantungan Hanis Nadiah kerana mendakwa tindakan penggantungan dikenakan sangat keras berbanding kesalahan dilakukan.

Malah katanya, pemain hoki wanita kebangsaan itu telah memohon maaf secara terbuka terhadap ciapan yang dibuatnya dan memadam komen tersebut.

Sebelum ini, Hanis Nadiah dikecam selepas memuat naik ciapan di Twitter berunsur rasis melibatkan kehadiran penyanyi serta komposer legenda India, AR Rahman.

Ciapan “Bau bestlah kat dalam stadium tuh” nyata mengundang rasa tidak senang dikalangan ramai pihak dan secara tidak langsung menimbulkan persepsi kurang baik terhadap kerjayanya sebagai atlet kebangsaan. – Malaysiapost

Komen