Hasmuni umum bertanding Ketua Pemuda Umno

Hasmuni umum bertanding Ketua Pemuda Umno

KETUA Pemuda Umno Kubang Pasu, Datuk Hasmuni Hassan mengumumkan
bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti yang bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac ini.

Beliau berkata, fokus dan keutamaan pasukannya jika dipilih mengetuai sayap Umno itu adalah memastikan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Jelasnya, pasukannya akan menampilkan wakil, calon, pegawai dan exco yang berumur 40 tahun kebawah serta majoriti umur pasukannya akan berada dalam lingkungan 20 ke 30 tahun.

“Saya melihat semangat bangkit kembali yang mereka (pasukannya) tonjolkan pada pilihanraya lepas, mereka bersungguh-sungguh berada di persada yang sebenar,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Hasmuni, anggota pasukannya dibarisi Hairi Mad Shah sebagai Naib Ketua Pemuda Umno, Dr. Muhamad Akmal Salleh (Setiausaha), Mohd Naik Mokhtar (Bendahari) dan Mohd Sollehin Mohamad Tajie sebagai Ketua Penerangan.

Sebelum ini, Hasmuni yang merupakan Setiausaha Pemuda Umno bertanding di Parlimen Kubang Pasu pada PRU15 namun tewas kepada calon Perikatan Nasional. -Malaysiapost

Komen