KJ beri bayangan mahu jadi ahli muzik pula

KJ beri bayangan mahu jadi ahli muzik pula

BARU sahaja mengesahkan dirinya menerima tawaran menjadi penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ memberi bayangan mahu menceburi bidang muzik pula.

Menerusi hantaran di Insta Story, bekas Menteri Kesihatan itu memuat naik gambar sedang ‘jamming’ dalam studio, sambil memegang gitar bersama beberapa pemuzik lain.

Dalam hantaran itu, Khairy menulis kapsyen “’what’s next?’ (apa perancangan seterusnya) dengan emoji ketawa.

Sebelum ini, pernah tular aksi bekas Ketua Pemuda Umno itu bermain gitar termasuk mengiringi persembahan anak-anaknya.

Semalam, Media Prima Audio (MPA) mengesahkan Khairy akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai Rabu depan.

MPA dalam kenyataan berkata Khairy akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu.

Sebelum ini, KJ tewas di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), disusuli dipecat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 27 Januari lalu.

Khairy juga dikatakan menjadi pilihan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). – Malaysiapost

Komen