Malaysia belum buat keputusan halalkan ganja

Malaysia belum buat keputusan halalkan ganja

MALAYSIA belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan membenarkan penggunaan ganja atau kanabis bagi tujuan perubatan seperti mana yang dilakukan oleh Thailand.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hingga kini kerajaan masih menunggu hasil  kajian, termasuk cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, belum ada perkembangan mengenainya, lapor Utusan Online. 

“Setakat ini, ia (cadangan itu) tidak dipandang secara serius. Kita akan menunggu dapatan serta cadangan Kementerian Kesihatan.

“Kita menunggu (laporan) dari sudut kesihatan kerana ia (penggunaan ganja) juga membabitkan aspek keselamatan,” katanya kepada media Malaysia selepas selesai melakukan lawatan rasmi dua hari ke Thailand. -Malaysiapost

Komen