Kedutaan Turkiye senaraikan barang yang diperlukan bagi bantu mangsa gempa

Kedutaan Turkiye senaraikan barang yang diperlukan bagi bantu mangsa gempa

KERAJAAN Turkiye menyatakan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang bersolidariti terhadap mangsa gempa bumi yang melanda negara berkenaan pada Isnin lalu.

Penghargaan itu disampaikan oleh pihak Kedutaan Turkiye di Malaysia melalui satu kenyataan hari ini yang turut mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.

Kenyataan itu turut menyenaraikan barangan keperluan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi yang menjejaskan beberapa kawasan di selatan dan tenggara Turkiye.

“Kedutaan Republik Turkiye menyampaikan penghargaan kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia berhubung kejadian gempa bumi kuat pada 6 Februari 2023, yang telah melanda luas adalah (10 wilayah) di selatan dan tenggara Turkiye.

“Kedutaan ini ingin memaklumkan senarai barang-barang yang diperlukan segera di kawasan yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan kenyataan itu, senarai barangan yang diperlukan adalah khemah dengan penebat musim sejuk, selimut, alat pemanas, tandas dan tempat mandi, beg tidur serta bekas untuk penginapan sementara

“Kedutaan ini sangat menghargai solidariti daripada Kerajaan dan rakyat Malaysia dan berterima kasih dengan tindakan lanjut berhubung barangan keperluan yang dinyatakan,” katanya. – Malaysiapost

Komen