Pasukan MAS-01 SMART selamatkan lima mangsa terperangkap bawah runtuhan gempa bumi

Pasukan MAS-01 SMART selamatkan lima mangsa terperangkap bawah runtuhan gempa bumi

LIMA mangsa yang terperangkap selama 129 jam di bawah runtuhan akibat gempa bumi di Gaziantep, Turkiye berjaya diselamatkan pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dari Malaysia.

Berita kejayaan anggota pasukan MAS-01 SMART dikongsikan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul Turkiye menerusi ciapan di Twitter, petang tadi.

Komander Kontinjen, Mohd Khairul Jamil, berkata mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat selepas pasukan MAS-01 bertungkus-lumus menggali terowong sepanjang 8.5 meter di kawasan itu.

“Satu keajaiban! SAR Malaysia baharu sahaja menyelamatkan sekurang-kurangnya enam orang di Gaziantep selepas bertungkus-lumus menggali terowong sepanjang 8.5 meter.

“Mangsa telah bertahan selama 129 jam!,” katanya dalam ciapan itu.

Pasukan Penyelamat Malaysia (MAS-01) berlepas dari Malaysia pada Isnin lalu, disusuli pasukan kedua MAS-02 terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan

Semalam, MAS-01 menemukan lima mayat korban runtuhan membabitkan tiga lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

Gempa berukuran 7.8 skala Magnitud berdurasi 75 saat dilaporkan melanda barat bandar raya Gaziantep dekat sempadan Syria pada pukul 4.17 pagi (9.17 pagi waktu Malaysia), awal pagi Isnin lalu. – Malaysiapost

Komen