Korban gempa bumi Turkiye, Syria kini lebih 24,000 orang

Korban gempa bumi Turkiye, Syria kini lebih 24,000 orang

JUMLAH kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria kini dilaporkan melebihi 24,000 orang.

Di Turkiye, angka kematian meningkat kepada 20,655 mangsa, manakala di Syria jumlah mangsa maut kini melebihi 3,500 mangsa.

Angka korban dipercayai meningkat akibat gegaran susulan selepas gempa bumi pertama bermagnitud 7.8 berlaku yang menambah penderitaan mangsa terselamat.

Menurut Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kejadian gempa kali ini sebagai bencana terburuk dalam dekad ini.

Manakala mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kawasan gempa dilaporkan seramai 93,000 orang.

Misi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan dipergiatkan di wilayah terjejas dan seramai 166,000 anggota terlibat.

Cuaca sejuk yang melanda memburukkan lagi keadaan bagi mangsa yang kehilangan tempat berteduh.

Turkiye isytihar ia berkabung selama 7 hari sehingga Isnin ini berikutan kejadian gempa bumi dahsyat itu.

Sehingga kini, lebih 13.5 juta mangsa terkesan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku pada Isnin lalu. – Malaysiapost

Komen