PBM lantik Masir sebagai Setiausaha Agung yang baharu
BEKAS Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat diterima menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan kini dilantik sebagai Setiausaha Agung parti berkenaan.
Presiden PBM Datuk Larry Sng, berkata selain bekas Ahli Parlimen Sri Aman itu beberapa individu lain turut diterima menyertai PBM.
Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBM yang pertama, baru-baru ini.
“Dato Masir Kujat (bekas MP Sri Aman) dan beberapa profesional Dayak telah memohon untuk menyertai PBM.
“Beliau Masir) juga dilantik sebagai Setiausaha Agung parti pada mesyuarat Majlis Tertinggi kami yang pertama tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Beliau berkata, beberapa pelantikan lain juga dibuat dan penstrukturan semula beberapa jawatankuasa negeri telah selesai.
“PBM bergerak ke hadapan,” katanya. – Malaysiapost