Treler muatan sawit, Myvi kemalangan 3 wanita maut

Treler muatan sawit, Myvi kemalangan 3 wanita maut

Ben Ibrahim

TiGA wanita maut dalam kemalangan membabitkan treler membawa muatan sawit dan Perodua Myvi di Jalan Muadzam Shah-Rompin, dekat Muadzam Shah, Pahang malam tadi.

Pusat gerakan operasi (PGO) Bomba Pahang menerima laporan kemalangan itu jam 10.08 malam.

Sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah diketuai Pegawai Bomba Kanan Zahri Zainal dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan itu.

Zahri berkata, tiga mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang Perodua Myvi, manakala pemandu treler sawit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Identiti mangsa yang terkorban dikenalpasti sebagai Nurul Natasha Ahmad Akbal dan Suhada Ramli, keduanya berusia 22 tahun dan Nazira Ramli berusia 23 tahun.

“Pihak kami menggunakan peralatan khas menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan mereka,” katanya.

Zahri memaklumkan semua mangsa maut berasal dari FELDA Selendang 1, dekat Rompin.

Katanya, semua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut. – Malaysiapost

Komen