89 peratus bekalan air di KL, Selangor pulih

89 peratus bekalan air di KL, Selangor pulih

PEMULIHAN bekalan air di kawasan yang terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur mencapai tahap 89 peratus setakat jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza antara kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Justeru, Air Selangor berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” menurut kenyataan itu.

Sebenyak 1,337 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air semalam, selepas empat loji rawatan air henti tugas sementara.

Ia membabitkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).

Gangguan melibatkan lapan lapan wilayah di Selangor iaitu Petaling (370 kawasan), Gombak (279), Hulu Selangor (30 ), Klang dan Shah Alam (189).

Sementara, Kuala Langat (tiga), Kuala Lumpur (186 kawasan) dan Kuala Selangor sebanyak 280 kawasan.

Ia susulan pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air Rantau Panjang. – Malaysiapost

Komen