Cukai jalan: Tugas penguatkuasa mungkin lebih mencabar

Cukai jalan: Tugas penguatkuasa mungkin lebih mencabar

APABILA kerajaan memperkenalkan pilihan kepada rakyat untuk cukai jalan tidak ditampal di cermin hadapan kereta, bagi saya satu tindakan yang baik ke arah pendigitalan sistem pengangkutan di Malaysia.

Cuma saya terfikir mungkin langkah ini boleh mengganggu penguatkuasa parking untuk menyaman kenderaan yang gagal membayar caj parking di petak parkir.

Dalam kertas saman ada ditulis, nombor kenderaan, jenis, warna dan nombor cukai jalan.

Dengan tiada cukai jalan di cermin depan maka satu butiran penting iaitu nombor cukai jalan kepada kertas saman tidak dapat ditulis.

Apabila kes dibawa ke mahkamah, penguatkuasa akan bergantung hanya kepada nombor kereta, warna dan jenis kereta.

Apa akan berlaku sekiranya yang disaman menyatakan itu bukan kenderaan mereka, mereka memasukkan ‘notis alibi’ menyatakan kereta yang disaman tidak berada di tempat sebagaimana yang dinyatakan di kertas saman, mereka berada di tempat lain.

Tuan kenderaan yang disaman sebaliknya menyatakan terdapat pihak lain yang telah menggunakan plate kenderaan mereka lalu diletakkan di kenderaan mereka (pihak lain).

Tentu sekali proses untuk menukar nombor plate satu kerja yang mudah, cuma tukar papan plate sahaja.

Beban untuk membuktikan kenderaan yang disaman adalah milik tuan punya sebagaimana di dalam geran kereta terletak di bahu pihak penguatkuasa.

Dalam keadaan sebelum ini kaedah untuk memastikan kenderaan yang disaman adalah milik tuan berkenaan adalah merujuk kepada nombor cukai jalan. Nombor ini adalah exclusive untuk sesebuah kenderaan.

Sebagai contoh, jika saya memandu kereta honda crv warna hitam bernombor pendaftaran VAA 4114 dan saya disaman maka argument saya ialah, banyak Honda model dan warna seperti saya ada di jalan raya dan nombor plate boleh ditukar hanya mengambil masa beberapa minit dengan cara menukar papan plate.

Walaupun gambar kereta saya dirakam, saya masih boleh mengatakan itu bukan kereta saya. ‘Macam kereta saya tapi itu bukan kereta saya’. Penguatkuasa juga pasti tidak akan tahu itu adalah kereta saya atau sebaliknya.

Jadi cara penguatkuasa memastikan itu adalah kereta milik saya melalui melihat cukai jalan yang mempunyai nombor yang dapat dibaca. Tambahan pula cukai ini ditampal dari dalam kereta dan tidak mudah untuk diganggu.

Kesimpulannya bagi saya, tugas penguatkuasa mungkin lebih mencabar untuk membuktikan bahawa kereta yang disaman benar benar milik A, jika A mendakwa beliau tidak berada di tempat sebagaimana dalam saman dan terdapat pihak ke tiga yang telah menggunakan plate kereta beliau dan diletakkan ke kereta mereka.

Akhir sekali saya memohon maaf, jika berfikir di luar kotak.
.
Muhammad Hasif Hassan
Penulis ialah peguam kanan
(Tulisan ini dipetik sepenuhnya dari hantaran Facebook beliau)

Komen