Dewan Rakyat: Syed Saddiq sasar 100 peratus kehadiran

Dewan Rakyat: Syed Saddiq sasar 100 peratus kehadiran

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyasarkan untuk kehadiran 100 peratus ke persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Ia antara tiga perkara menjadi komitmen Presiden MUDA tersebut termasuk mengambil bahagian dalam perbahasan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat.

“Saya komited dengan tiga perkara (di persidangan kali ini). Iaitu 100 peratus kehadiran. Muar tidak akan ponteng.

“Kedua, politik berpaksikan penyelesaian. Saya akan bahas isu isu rakyat. Constructive criticism focusing on making Malaysia a developed country.

“Ketiga, kritikan membina memfokuskan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Saya nak bekerja rentas parti untuk memastikan agenda rakyat diutamakan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Syed Saddiq berkata, pilihan raya sudah tamat dan kini masa untuk semua fokus berkhidmat.

Terdahulu hari ini, Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat. – Malaysiapost

Komen