Mayat tanpa identiti ditemui di Pantai Lagenda

Mayat tanpa identiti ditemui di Pantai Lagenda

Ben Ibrahim

MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemui di pesisir Pantai Lagenda, dekat Pekan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, laporan penemuan mayat itu dibuat seorang lelaki yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada jam 8.05 pagi.

“Anggota kami menerima panggilan daripada seorang lelaki memberitahu mengenai penemuan mayat itu.

“Tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat dan kita sudah meminta bantuan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Bomba Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat terbabit kira-kira jam 9 pagi.

“Pihak polis menghubungi pusat gerakan operasi bomba Pahang bagi tujuan bantuan susulan penemuan nayat tanpa identiti itu.

“Buat masa ini siasatan lanjut dilakukan pihak polis,” katanya. – Malaysiapost

Komen