Tak wajar nyanyian ala mini konsert dalam istiadat konvokesyen – Asyraf Wajdi

Tak wajar nyanyian ala mini konsert dalam istiadat konvokesyen – Asyraf Wajdi

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kurang senang persembahan nyanyian ala mini konsert ketika Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti berlangsung.

Beliau berkata, majlis berkenaan merupakan upacara istiadat tertinggi dalam bidang keilmuan yang sewajarnya dipelihara peradaban martabatnya.

“Saya kurang bersetuju dalam mana-mana Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti yang merupakan upacara istiadat penganugerahan tertinggi dalam bidang keilmuan tetapi diselitkan dengan nyanyian atau persembahan ala mini konsert.

“Tidak memberi perlambangan martabat ilmu dan adab,” katanya dalan hantaran di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun Asyraf Wajdi tidak mendedahkan nama universiti yang menyelitkan nyanyian ala mini konsert dalam upacara istiadat konvokesyen itu.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Asyraf tersebut dengan menyifatkan martabat hari anugerah tertinggi ilmu itu mesti dipelihara.

Malah mereka menyifatkan acara nyanyian itu wajar dihentikan kerana khuatir akanmenjadi budaya dalam istiadat konvokesyen nanti. – Malaysiapost

Komen