‘Baik kau jangan balik Malaysia dah la’ – Michael Ang
PENGARAH dan penerbit sensasi Micheal Ang ‘panas hati’ dengan kenyataan berbaur perkauman membabitkan seorang bekas pemain badminton pelapis percubaan negara yang tular, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Micheal turut menasihati atlet berkenaan yang kini menetap dan menjadi jurulatih di China itu supaya tidak lagi pulang ke tanah air.
“Eh eh eh.. kelas eh coach (jurulatih) Malaysia kat China tu sekarang! Baik kau jangan balik Malaysia dah la.
“Aku nak tanya satu je pemain mostly (selalunya) Cina, yang tak dapat masuk final (akhir) tu siapa, pemain ke management (pengurusan)?,” katanya dalam hantaran Instagram.

Baru-baru ini, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Dalam video itu, Guang Yik yang kini dilaporkan menjadi jurulatih badminton di China mendakwa pengurusan BAM yang majoritinya orang Melayu menjadi punca kejatuhan prestasi sukan itu.
Katanya, orang-orang Melayu tidak menguruskannya dengan sempurna lebih-lebih lagi kerap meninggalkan latihan ataupun pengurusan setiap kali waktu solat.
Mengulas lanjut, Michael berkata, isu solat lima waktu bukan alasan prestasi merundum pasukan badminton negara selain mengingatkan individu berkenaan supaya tidak bersikap rasis.
“Nak salahkan, salahkan dua-dua dan tak payah la rasis sangat. Masalah pokoknya bukan satu pihak saja. Solat lima kali sehari tidak menjadikan seseorang itu pemalas.
“Semua bangsa ada yang bodoh dan malas terpulang kepada individu. Ada je yang solat lima kali rajin buat kerja.
“Ada (juga) yang tak perlu buat solat tapi Malas juga! Apa la ke bodoh buat video macam tu.
“Saya yakin awak ada ahli keluarga kat Malaysia ni lagi. Awak rasa apa tempias kat dia orang,” katanya. – Malaysiapost