Blok menteri, timbalan menteri kosong

Blok menteri, timbalan menteri kosong

DATUK Dr Radzi Jidin mendedahkan blok menteri dan timbalan menteri kosong ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berbahas di Dewan Rakyat.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahli Parlimen Putrajaya itu berkongsi gambar tempat duduk di hadapannya yang kosong, diambil pada jam 4.16 petang tadi.

Beliau seterusnya membidas pihak yang menuduh kononnya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ponteng sidang Parlimen pada sesi pagi tadi.

“Hari ini ada yang kongsi gambar dalam Dewan Rakyat cuba buat cerita kononnya pemimpin PN, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Hamzah tidak hadir sesi Parlimen pagi tadi.

“Saya berada sebaris dengan mereka di dalam Dewan Rakyat dan melihat sendiri bahawa mereka hadir pagi tadi.

“Mudah sebenarnya nak buat cerita daripada sekeping gambar dalam Dewan Rakyat ni. Contohnya, gambar ini. Saya ambil gambar blok Menteri dan Timbalan Menteri pada jam 4.16 petang ketika Ketua Pembangkang sedang berbahas,” katanya. – Malaysiapost

Komen