Mahkamah benarkan prosiding Ira Kazar hina mahkamah

Mahkamah benarkan prosiding Ira Kazar hina mahkamah

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur membenarkan pelakon Puteri Sarah memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya, Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

Memetik Berita Harian, Ira Kazar bersama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen mengenai tindakan mereka yang telah mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan pada Julai, tahun lalu.

Pada 4 Julai lalu Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah menerima perintah injuksi yang menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian diri dan keluarga serta keluarga mertua termasuk suaminya.

Justeru, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin tidak boleh mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya.

Menurut Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, prosiding yang dijalankan secara dalam talian itu telah dibenarkan oleh Hakim Norakhmar Mohd Sani serta dihadiri peguam aktres berkenaan, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Jelasnya, mereka akan menyerahkan salinan permohonan komital kepada Ira bagi membolehkan mahkamah untuk menetapkan tarikh.

“Selepas penyampaian permohonan komital disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi pihak sana menjawab permohonan kami. Setakat ini, mahkamah belum menetapkan tarikh lanjut,” katanya.

Januari lalu, Puteri Sarah telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof dengan alasan tidak dapat hidup bersama lagi kerana tiada persefahaman antara mereka. -Malaysiapost

Komen