Pemimpin Amanah raikan Duta Besar Malaysia ke AS
DUTA Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz diraikan oleh kepimpinan Amanah dalam satu majlis ringkas semalam.
Beliau yang menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, diraikan oleh Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Turut hadir ialah bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
“Malam ini walau letih baru sampai dari Singapura tapi demi persahabatan saya kesempatan bersantai dengan TYT Datuk Seri Nazri Aziz Duta Negara ke AS.
“Tahniah Chief atas pelantikan sebagai Duta. Moga Allah lindungi dan rahmati kita semua,” kongsi Mahfuz di Facebooknya. – Malaysiapost